Tuesday, September 28, 2010

Assauda Softgel

















Assauda Softgel
Price : MYR22.00

Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan. Maka dengan izin Allah S.W.T adalah amat sesuai untuk mengubati batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama, resdung, lelah atau sesak nafas, terutama pada bronchial ashtma dan Cardiac Ashtma, sakit jantung, darah gemuruh,darah tinggi,luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver), batu hempedu, batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis, luka-luka dalam mulut, sakit tengkuk, tonsilitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih di hulu hati, gastrik, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lainnya.

Pek ini mengandungi 30 biji habbatus sauda softgel. Cubalah hari ini untuk merasakan sendiri kehebatannya.

Hadis Rasulullah SAW

Rasullullah SAW pernah bersabda: "Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati ",(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)Dari Abu Hurairah ra. Rasululloh SAW bersabda :" Dalam Habbatus Sauda ada obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz." [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasululloh SAW bersabda : " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian". [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasululloh SAW bersabda : "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)" [HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'.

Thursday, April 15, 2010

Hukum berkerja di bank / institusi kewangan konvensional

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Soalan:

Minta tolong Ustaz Zaharuddin atau sesiapa yang berkenaan beri penjelasan mengenai hukum seseorang itu bekerja di bank konvensional.

Jawapan:

Bagi mempercepatkan tugas saya, seeloknya di baca jawapan ulama berikut :-

Dr. Monzer Kahf, Scholar in Islamic Economics & Financial Expert, states the following:
  • “All of us know that bank interest is a kind of Riba which is prohibited in the Shariah. It is also prohibited to give it, receive or take it, write its contracts and be a witness on them. Hence, any job that requires a Muslim to make a contract of Riba, or be instrumental in making it such as negotiating it with the customer, getting it signed or signing it on behalf of the bank and other jobs related directly to making a Riba-based contract with regards to deposits or financing in a Reba based bank is prohibited.
  • There are jobs in banks that do not relate directly to Riba such as guards, tellers, treasurers, research, buildings and machines maintenance, etc., I personally quote two of the greatest Muslim scholars’ views regarding that as follows:
  • His eminence Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir of Sudan and His eminence Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami of Tunis are of the opinion that such jobs are not included in the prohibition. However, they maintain that jobs which support the Riba-based operations are prohibited.”


Sheikh `Abdus-Sattar Fathallah As-Sa`eed, professor of Qur’an Exegesis and Qur’anic Sciences at Al-Azhar University, states the following:

  • “We would like to clarify two important points. First, the economy is usually associated with Riba (interest). If you are obliged to work in this field, then there is nothing wrong, and you are excused for doing so. You must, however, repent to Allah, and ask Him to forgive you while striving hard to find another lawful way of earning a living.
  • Second, if you are directly involved in dealing with Riba, and it is your career and means of earning a living, then you are not allowed to adopt this kind of work.
  • Finally, working in interest-based banks is not the normal choice of career for a Muslim. You are allowed to work there only if you find it extremely difficult to find a lawful way of earning a living. Try to keep in mind that you should leave this job the moment you find a more suitable one. If you are driven by the sincere intention to find a lawful way to earn a living, Allah Almighty will make it easy for you, in sha’ Allah.”

Jawapan Dalam Bahasa Melayu

Pertamanya, kita ingin menekankan yang setiap Muslim yang taat mesti berkerja keras dan menumpukan tenaga untuk meningkatkan sistem ekonomi Muslim. Yakinlah, matlamat ini boleh di capai dan tidak mustahil.

Menjawab persoalan tersebut , Ulama terkemuka Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, menyatakan yang berikut:

  • Sistem ekonomi Islam berdasarkan permusuhan terhadap riba. Islam mengisytiharkan riba sebagai satu dosa besar yang membawa bencana dan keruntuhan sosial. Riba mengakibatkan mala-petaka dalam kehidupan ini dan hukuman keras di akhirat, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Qur’an: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah: 276)


Cukuplah dengan membaca apa yang telah Allah firmankan dalam al-Qur’an: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum diambil) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya..” (Al-Baqarah: 278-279)


Rasulullah (SAW) bersabda, “Jika zina dan riba berleluasa di satu kawasan, penduduk kawasan itu meminta azab Allah.”

  • Hukum Islam dalam melawan kejahatan adalah dengan melakukan yang terbaik untuk menentangnya, mengubahnya dan tidak bekerjasama dengan yang lain dalam melaksanakannya. Maka, jika semua Muslim terlibat dalam membunuh satu nyawa yang tidak berdosa, Allah SWT akan menghukum mereka semua.


Rasulullah (SAW) melaknat mereka yang menghasilkan arak, menjualnya , meminumnya, mempromosinya, mereka yang duduk dengan peminumnya, pembawanya dan mereka yang arak itu dibawa kepada.


Dalam hadith lain, Rasulullah (SAW) melaknat rasuah, mereka yang memberinya, penerimanya dan mereka yang mendorong kepadanya atau mempromosinya. Begitu juga, Rasulullah (SAW) melaknat riba, mereka yang mengambilnya, penulis kontraknya dan mereka yang menjadi saksi kontrak itu.
Hadith Rasulullah (SAW) ini mengancam kehidupan sebahagian Muslim yang taat yang bekerja dengan bank dan institusi kewangan lain.

  • Bahkan, halnya lebih daripada menjadi saksi kontrak. Riba menyerap ke dalam segenap lapisan sistem ekonomi dan institusi kewangan kita. Malapetaka ini menjadi umum, seperti Rasulullah (SAW) pernah bersabda, “Akan datang satu masa yang setiap orang makan riba dan mereka yang enggan akan disentuh oleh debunya.”
  • Malapetaka ini tidak akan berubah dengan keengganan seseorang untuk bekerja di bank. Perkara yang mengubah ialah kemahuan masyarakat untuk mengelakkan kesan buruk system riba. Riba berpunca daripada eksploitasi sistem kapitalis. Perubahan akan datang apabila manusia mengubah nasib mereka dengan tangan mereka dan bertindak sewajarnya. Islam tidak melarang membuang penyakit ini secara berperingkat. Ini ialah Sunnah Rasulullah (SAW) dan Islam dalam membuang tabiat minum arak. Apa yang penting ialah manusia mesti di yakinkan akan kesan buruk riba. Melalui cara ini, apabila mereka mempunyai kemahuan untuk berubah, mereka akan berubah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
  • Maka, setiap Muslim sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh dan menumpukan tenaga untuk membina system ekonomi kita mengikut arahan Islam. Matlamat ini boleh dicapai dan tidak mustahil. Terdapat banyak Negara dan berjuta-juta manusia yang tidak mengikuti system riba. Negara tersebut ialah Negara komunis. Jika kita juga melarang bekerja dengan bank dan institusi kewangan, maka non-Muslims akan mengawal ekonomi kita termasuk juga ekonomi antarabangsa. Biasanya, mereka yang mengawal ialah Yahudi dan ini tidak memberikan kita apa-apa kebaikan.

Secara umumnya, kebanyakan kerja di bank tidak dilarang, kecuali sebahagian kecil kerja yang terlibat dengan riba. Saya lihat tiada masalah dalam bekerja dengan bank.

  • Disamping itu, kita semua sepatutnya bekerja untuk menukar system itu dan melakukan yg terbaik dalam mengendalikan diri kita untuk disesuaikan dengan kerja kita dan keredaan Allah kepada kita. Bekerja ialah kewajipan untuk menyediakan rezeki kepada seseorang dan keluarganya. Maka, hukum darurat digunapakai disini. Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-An`am: 145)


Terjemahan daripada: Working with Bankshttp://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543128&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Pandangan Islam Terhadap Bekerja Dengan Bank Konvensional


Soalan:


Adakah haram bekerja dengan bank atau berurusan dengan bank?


Jawapan oleh Dr. Monzer Kahf Pakar Ekonomi & Kewangan Islam:

  • “Kita semua tahu yang faedah bank ialah sejenis Riba yang diharamkan oleh Shariah. Shariah juga mengharamkan memberinya, menerimanya atau mengambilnya, menulis kontraknya dan menjadi saksi atasnya. Maka, sebarang kerja yang memerlukan seorang Muslim untuk membuat kontrak Riba, atau menjadi perantara dakam melakukannya seperti berunding dengan pelanggan, mendorong kontrak ditandatangani atau menandatangani bagi pihak bank dan kerja-kerja lain yang berkaitan secara langsung dengan membuat kontrak berasaskan Riba yang berkaitan dengan simpanan atau pembiayaan dalam bank yang berasaskan Riba adalah diharamkan.
  • Terdapat banyak kerja dalam bank yang tidak berkaitan secara langsung dengan Riba seperti pengawal keselamatan, juruwang, bendahari, penyelidik, penyelia bangunan dan mesin, dan sebagainya., Saya ingin memetik pendapat dua ulama muslim terkemuka dalam hal berkenaan seperti berikut:
  • Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir dari Sudan dan Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami dari Tunis berpendapat yang pekerjaan seperti itu tidak termasuk dalam larangan itu. Bagaimanapun, mereka berpendapat yang kerja yang menyokong operasi berasaskan riba adalah haram.”


Terjemahan daripada: Working for Banks: Islamic Viewhttp://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543480&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Bekerja dengan Bank Bukan Islam


Soalan:


Adakah dibenarkan untuk bekerja dengan bank bukan Islam dalam jabatan sokongan teknologi? Saya menetap di Amerika Syarikat, dan saya sedang bekerja dengan bank berasaskan riba. Saya ingin berhenti kerja. Semuanya disini berkaitan dengan Riba. Jazakum Allahu khayran.


Jawapan oleh, Sheikh `Abdus-Sattar Fathallah As-Sa`eed, professor Tafsir Qur’an dan Ulum Qur’an di Universiti Al-Azhar:

  • “Kita ingin menjelaskan dua perkara penting. Pertamanya, sistem ekonomi biasanya berkaitan dengan Riba. Jika anda terpaksa bekerja dalam bidang ini, maka tiada salahnya, dan anda dimaafkan kerana berbuat demikian. Bagaimanapun, anda mesti bertaubat kepada Allah, dan memohon Allah mengampuni anda semasa anda sedang berusaha keras mencari kerja lain yang halal untuk mencari rezeki.
  • Keduanya , jika anda terlibat secara langsung berurusan dengan Riba, dan ia adalah kerja dan cara mencari rezeki anda, maka anda tidak dibenarkan membuat pekerjaan jenis ini.
  • Kesimpulannya, bekerja dengan bank berasaskan riba bukanlah pilihan kerja biasa bagi seseorang Muslim. Anda dibenarkan bekerja dalam bidang itu hanya jika anda dapati betul-betul sukar untuk mencari kerja yang halal untuk mencari rezeki. Ingatlah yang anda mesti meninggalkan kerja ini pada ketika anda menemui kerja yang lebih sesuai. Jika anda berpandukan niat ikhlas untuk mecari kerja yang halal untuk mencari rezeki, Allah SWT akan mempermudahkannya bagi anda, in sha’ Allah.”


Terjemahan daripada: Working for Non-Islamic Banks http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544116


Kerja IT Dengan Bank


Soalan:


Sila bantu kami mencari jalan yang benar dalam hidup kami. Saya seorang jurutera software bekerja dengan syarikat software. Syarikat saya dibiayai oleh sebuah bank Islam. Tumpuan syarikat software kami pada tahun depan ialah bidang perbankan dan kebanyakkan pelanggan ialah bank. Masalah yang saya akan hadapi ialah projek yang saya sepatutnya bekerja selepas ini untuk perbankkan software dan kebanyakkan bank yang saya akan bekerja ialah bank bukan Islam. Saya memohon panduan sama ada bekerja untuk bank adalah haram (dilarang) walaupun saya tidak secara langsung bekerja dengan bank itu. Jazakum Allah khayran.


Jawapan:


Menjawab persoalan anda, kami ingin menyatakan yang dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangai kontrak bagi pihak bank.


Ini ialah fatwa yang diberikan oleh Dr. Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi terkemuka dan kaunselor, yang menyatakan:

Dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional, jabatan kredit, jabatan IT atau software atau jabatan-jabatan lain, selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangani kontrak bagi pihak bank.
  • Ini ialah pendapat pakar Shari`ah yang terkemuka pada zaman kita, al-marhum Sheikh Mustafa Al-Zarqa (meninggal 1999), Sheikh Al-Qaradawi, Sheikh As-Salami dari Tunisia dan Sheikh Adh-Dhareer dari Sudan. Alasannya ialah pekerjaan itu di bank konvensional tidak termasuk dalam murka Allah yang disabdakan Rasulullah (SAW) atas pemberi riba, pengambilnya, penulisnya dan dua saksinya (riwayat Muslim). Disamping itu, larangan bekerja dengan bank meletakkan kesusahan keterlaluan dan kepayahan atas Muslim di kedua-dua negara majority Muslim dan masyarakat Muslim di Negara lain.
  • Dr. Monzer menambah :
    Bekerja dengan bank konvensional tidak haram kecuali pekerja dalam bidang perlaksanaan kontrak pinjaman dengan pelanggan. Jika anda bekerja dalam IT, anda tidak membuat kontrak itu dan kerja anda dibenarkan. Untuk mendakwa yang berlawanan memerlukan dalil daripada Shari`ah kerana Rasulullah (SAW) mengisytiharkan murka Allah atas pengambil riba, pemberinya, penulisnya dan saksinya. Anda tidak perlu memperluaskan la`nah (murka) kepada jurutaip, juruwang, pekerja IT atau software dan pengawal bank. Disamping itu, tidak semua aktiviti bank konvensional berada dalam bidang riba; mereka juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain yang dibenarkan.
    Terjemahan daripada: IT Job for a Bankhttp://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503547406&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


    Sekian, harap ianya jelas.

    Ust Zaharuddin Abd Rahman
    16 Ramadhan 1427 H
    9 Oktober 2006

    Wednesday, March 17, 2010

    Walimah Qema & Fuz

    Salam...

    13 March lalu berlangsunglah majlis walimah anak buah dgn jejaka pilihan hatinya. Hurm.. pakciknya je belum lg... Belum sampai jodoh org kata...

    Penat jugak ye bila ada majlis mcm ni walaupun tugas sy hanya kehulu kehilir je... hehe...apa lg tuan rumah yg sibuk menguruskan persiapan sebelum dan selepas majlis...

    Tak byk sgt kenangan yg boleh diabdikan. Sbb rasa mcm xlarat nak upload gambar byk2 jd yg paling senang buat slide...

    Sila2 tgk pengantin yg cute ni... :)

    Monday, March 8, 2010

    Carta Kelab Sukan MBB BSP 2010


    Salam...

    Akhirnya siap juga carta kelab sukan MBB BSP 2010... Walau pun pemilihan saya tanpa kerelaan hati dan dengan ketiadaan sy pada masa pemilihan. Penat selama 5 tahun berturut-turut memikul tanggungjawab yg sama pd masa lalu belum lg hilang. Walau bagaimana pun sy tetap menyahut cabaran dan memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Amanah yg telah diberikan oleh para rakan sepejabat atas jawatan ini tidak akan sy sia-siakan. InsyaAllah...
    Tidak lupa juga ucapan terima kasih sy kepada seorg sahabat En. Faizul yg telah menyumbangkan kerja tangan anda walaupun anda bukan AJK pd tahun ini.
    Akhir kata sokongan dr para AJK dan kawan2 yg lain amatlah sy harapkan.... Bersama kita memeriahkan tahun 2010 ini dgn pelbagai aktiviti yg membawa manfaat utk kita bersama... :)

    Bacaan Ayat Suci Al-Quran

    Sunday, March 7, 2010

    Cuti hujung minggu

    Cuti minggu ni tak buat apa pun... nak balik kg tak boleh sbb ada class... hurm xdpt nak hadiri majlis pernikahan anak buah kat kg... tp xpe minggu depan majlis kenduri pasti balik walau pun terpaksa ponteng class.

    Balik je dari class xde activiti nak buat... sy pun ambil keputusan utk meluangkan masa merawat dan bermesra-mesra dgn pokok-pokok bunga kat balkoni rumah.

    Sy sebenarnya bukan peminat sgt nak tanam pokok ni.. saja jdkan hobi. Dulu hobi bela ikan.. tp sebab malas nak tukar air jd kasi tukar... lepas ni tak taw nak tukar hobi apa pulak... Tp sy bukan mat bunga ye.. haha

    Jom kita tgk apa pokok bunga yg ada kat rumah...




    Sy tak taw apa nama pokok ni... mak yg bagi... pokok ni jugak buat pengubat rindu sy kat mak.. bila rindu mak sy akan tgk pokok ni...




    Yg ni sy taw... pokok kenanga kalau tak silap..... dan yg ni pulak...




    Pokok kesidang.... pokok paling sy sayang... sbb bau dia wangi... Subhanallah sedap tol kalau angin tiup dan masuk dalam rumah... mcm bau daun pandan tp lg harum... Pokok ni sy beli kat Sg Buloh... puas cari sbb dgr org ckp bau dia sedap....




    Yang ini pulak sy pun tak taw nama dia apa.. sbb mcm menarik je... hehe saja mengindahkan halaman rumah biar sedap mata memandang... Byk lg sebenarnya pokok2 yg sy ada... nanti tak muat pulak gambar nak letak byk2 dlm ni.. Skit masa lg boleh bukak nursery.. hehe

    Lepas habis sessi bermanja2 dgn pokok2 bunga sy pun mengemas rumah... Nak harap siapa lg.. Ni la dia nasib org bujang.. hurm.. dimanakah agaknya tulang rusuk kiriku menghilang... hehe



    Ni permandangan dari atas rumah.... Nak tgk gambar rumah yg siap dikemas...?




    Tak de la kemas mana pun... biasa la rumah org bujang... dah kawin nanti sure bakal isteri la yg dok mengemas rumah... Masa tu baca paper sambil tgk tv je... hehe (berangan kejap)




    Jd ini saja aktiviti sy pada cuti hujung minggu... lepas tu malam pergi carrefour cari hadiah utk anak buah dan beli barang2 nak buat speggeti... sbb ahad pg ada tetamu nak dtg rumah...

    Salam...

    Friday, March 5, 2010

    Kata Penulis

    Segala puji-pujian selayaknya hanya untuk Allah, pencipta sekelian alam, pengutus para nabi dan rasul, yang telah menurunkan al-Quran sebagai panduan, hidayah dan petunjuk ke arah kebenaran.


    Alhamdulillah saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan keizinanNya maka lahirlah blog saya yang bertajuk bila hati sedang berbicara. Tiada ungkapan seindah bahasa, tiada madah seindah rasa yang dapat saya cetuskan disini. Hanyalah semata-mata apa yang lahir dari lubuk hati yang tulus ikhlas ini.


    Dorongan utama saya membuat blog ini adalah untuk bekongsi cerita, pengalaman, suka duka, tangis ketawa perjalanan hidup dengan para sahabat sekelian. Mana yang baik kita jadikan tauladan dan mana yang buruk kita jadikan sempadan. Saya bukannya seorang yang pandai menyusun ayat-ayat indah tetapi cukuplah sekadar yang mampu saya luahkan. Setiap manusia memiliki cinta. Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi, cinta kepada kedua ibu bapa tulus suci selamanya, cintakan saudara masa berada hanya sementara, cinta sesama insan marilah kita suburkan dengan ketaqwaan.


    Akhir kata terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat yang sudi melayari blog saya. Sebarang komen dan teguran yang membina amatlah saya alu-alukan. Terima kasih yang tak terhingga juga buat seorang rakan yang sudi membantu mengindahkan layouts blog ini. Terima kasih daun keladi, nanti boleh minta tolong lagi. :)


    Wassalam....