Wednesday, March 17, 2010

Walimah Qema & Fuz

Salam...

13 March lalu berlangsunglah majlis walimah anak buah dgn jejaka pilihan hatinya. Hurm.. pakciknya je belum lg... Belum sampai jodoh org kata...

Penat jugak ye bila ada majlis mcm ni walaupun tugas sy hanya kehulu kehilir je... hehe...apa lg tuan rumah yg sibuk menguruskan persiapan sebelum dan selepas majlis...

Tak byk sgt kenangan yg boleh diabdikan. Sbb rasa mcm xlarat nak upload gambar byk2 jd yg paling senang buat slide...

Sila2 tgk pengantin yg cute ni... :)

Monday, March 8, 2010

Carta Kelab Sukan MBB BSP 2010


Salam...

Akhirnya siap juga carta kelab sukan MBB BSP 2010... Walau pun pemilihan saya tanpa kerelaan hati dan dengan ketiadaan sy pada masa pemilihan. Penat selama 5 tahun berturut-turut memikul tanggungjawab yg sama pd masa lalu belum lg hilang. Walau bagaimana pun sy tetap menyahut cabaran dan memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Amanah yg telah diberikan oleh para rakan sepejabat atas jawatan ini tidak akan sy sia-siakan. InsyaAllah...
Tidak lupa juga ucapan terima kasih sy kepada seorg sahabat En. Faizul yg telah menyumbangkan kerja tangan anda walaupun anda bukan AJK pd tahun ini.
Akhir kata sokongan dr para AJK dan kawan2 yg lain amatlah sy harapkan.... Bersama kita memeriahkan tahun 2010 ini dgn pelbagai aktiviti yg membawa manfaat utk kita bersama... :)

Bacaan Ayat Suci Al-Quran

Sunday, March 7, 2010

Cuti hujung minggu

Cuti minggu ni tak buat apa pun... nak balik kg tak boleh sbb ada class... hurm xdpt nak hadiri majlis pernikahan anak buah kat kg... tp xpe minggu depan majlis kenduri pasti balik walau pun terpaksa ponteng class.

Balik je dari class xde activiti nak buat... sy pun ambil keputusan utk meluangkan masa merawat dan bermesra-mesra dgn pokok-pokok bunga kat balkoni rumah.

Sy sebenarnya bukan peminat sgt nak tanam pokok ni.. saja jdkan hobi. Dulu hobi bela ikan.. tp sebab malas nak tukar air jd kasi tukar... lepas ni tak taw nak tukar hobi apa pulak... Tp sy bukan mat bunga ye.. haha

Jom kita tgk apa pokok bunga yg ada kat rumah...




Sy tak taw apa nama pokok ni... mak yg bagi... pokok ni jugak buat pengubat rindu sy kat mak.. bila rindu mak sy akan tgk pokok ni...




Yg ni sy taw... pokok kenanga kalau tak silap..... dan yg ni pulak...




Pokok kesidang.... pokok paling sy sayang... sbb bau dia wangi... Subhanallah sedap tol kalau angin tiup dan masuk dalam rumah... mcm bau daun pandan tp lg harum... Pokok ni sy beli kat Sg Buloh... puas cari sbb dgr org ckp bau dia sedap....




Yang ini pulak sy pun tak taw nama dia apa.. sbb mcm menarik je... hehe saja mengindahkan halaman rumah biar sedap mata memandang... Byk lg sebenarnya pokok2 yg sy ada... nanti tak muat pulak gambar nak letak byk2 dlm ni.. Skit masa lg boleh bukak nursery.. hehe

Lepas habis sessi bermanja2 dgn pokok2 bunga sy pun mengemas rumah... Nak harap siapa lg.. Ni la dia nasib org bujang.. hurm.. dimanakah agaknya tulang rusuk kiriku menghilang... hehe



Ni permandangan dari atas rumah.... Nak tgk gambar rumah yg siap dikemas...?




Tak de la kemas mana pun... biasa la rumah org bujang... dah kawin nanti sure bakal isteri la yg dok mengemas rumah... Masa tu baca paper sambil tgk tv je... hehe (berangan kejap)




Jd ini saja aktiviti sy pada cuti hujung minggu... lepas tu malam pergi carrefour cari hadiah utk anak buah dan beli barang2 nak buat speggeti... sbb ahad pg ada tetamu nak dtg rumah...

Salam...

Friday, March 5, 2010

Kata Penulis

Segala puji-pujian selayaknya hanya untuk Allah, pencipta sekelian alam, pengutus para nabi dan rasul, yang telah menurunkan al-Quran sebagai panduan, hidayah dan petunjuk ke arah kebenaran.


Alhamdulillah saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan keizinanNya maka lahirlah blog saya yang bertajuk bila hati sedang berbicara. Tiada ungkapan seindah bahasa, tiada madah seindah rasa yang dapat saya cetuskan disini. Hanyalah semata-mata apa yang lahir dari lubuk hati yang tulus ikhlas ini.


Dorongan utama saya membuat blog ini adalah untuk bekongsi cerita, pengalaman, suka duka, tangis ketawa perjalanan hidup dengan para sahabat sekelian. Mana yang baik kita jadikan tauladan dan mana yang buruk kita jadikan sempadan. Saya bukannya seorang yang pandai menyusun ayat-ayat indah tetapi cukuplah sekadar yang mampu saya luahkan. Setiap manusia memiliki cinta. Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi, cinta kepada kedua ibu bapa tulus suci selamanya, cintakan saudara masa berada hanya sementara, cinta sesama insan marilah kita suburkan dengan ketaqwaan.


Akhir kata terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat yang sudi melayari blog saya. Sebarang komen dan teguran yang membina amatlah saya alu-alukan. Terima kasih yang tak terhingga juga buat seorang rakan yang sudi membantu mengindahkan layouts blog ini. Terima kasih daun keladi, nanti boleh minta tolong lagi. :)


Wassalam....











Monday, March 1, 2010

DOA Jika sudah Jatuh Cinta....

" Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Karim, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padahati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru mu..